[] DiReCToRY []

Wednesday, February 22, 2012

Thursday, February 9, 2012

::: BeRSaNTai Di PaNTai TeLuK CeMPeDaK :::

X ku sangke ckp2 kosong tibe2 betul2 terjadi .. Alhamdulillah sngt seronok bersantai berBBQ ber STEAMBOAT berBOLA PADANG ngan kawan2 di Pantai Teluk Cempedak minggu lepas .. Bukan senang nk berkumpul ramai2 mcm ni lagi2 masing2 dah ade kerjaya sendiri & ade yg dah berkeluarge (aku Insya-Allah)... Insya-Allah lepas ni ade lg santai2 kat tempat2 yg lg menarik..


[] o_o []

::: TeRuKiR SeDiKiT SeNYuMaN :::


Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa

[] ^_^ []

Thursday, December 29, 2011

::: STiLL THe SaMe :::


Trying hard to forget the memories. But along the way, there are a lot of things, conversations, smells, sounds, musics, movies, surroundings, transports, pictures, & even foods trigger that memories again. The harder I try, the more triggers I have.
---

Monday, November 28, 2011

::: iKTiBaR DaRiPaDa SeBaTaNG PeNSeL :::


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa yang ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."

"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.

"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun is sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"

"Ya, ibu."

PERTAMA:
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yg hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada akan adanya kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

KEDUA:
Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam & bagus tulisanya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

KETIGA:
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yg salah. Namun kita boleh memadamkan & membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yg ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yg hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yg benar.

KEEMPAT:
Tahukah kamu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yg tidak baik dalam diri kamu itu & hindarilah.

KELIMA:
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa shaja yg kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati & bijak dalam bertindak.

-------------------

Thursday, November 10, 2011

::: NoT THe aPPLe oF THeiR eYeS :::


.. Kadang2 kite nk sesuatu tapi Allah dah tetapkan kite xkan dpt bende tu ..
.. Tapi kadang2 kite dapat rase tande2 yg kite x dpt bende tu ..
.. Tapi kite x perasan pun tande2 tu ..
.. Kite hanye perasan bile kite dah x dpt bende tu ..
.. Allah sebaik2 perancang ..
.. Sape la kite ni nk persoalkan perancangan-Nya ..
.. Kite hanyelah hamba-Nya ..
.. Susah kan nk terima ketentuan mcm tu ..
.. Insya-Allah ..
.. Tuhan nk bagi sesuatu yg lebih baik daripada tu ..

"Always put a smile as a smile can infect others "

(^__^)

Monday, February 28, 2011

::: MaLaiKaT JiBRiL MeNJaDi iMaM SoLaT KePaDa RaSuLuLLaH :::


Selepas Nabi turun dari langit pada peristiwa Isra' Mikraj, baginda telah di hadiahkan solat 5 waktu utk di ajar kepada umatnya ... Baginda sampai pada subuh.. Tetapi pada subuh itu nabi belum mengerjakan solat Subuh kerana belum diketahui cara utk menunaikannya... Kemudian datang Malaikat Jibril pada hari tersebut pada waktu istiwa (matahari tegak di atas kepala) .. Pada waktu ini haram dilakukan solat Zohor ... Selepas itu, Malaikat Jibril mengajar baginda solat Zohor di mane matahari tergelincir sedikit iaitu bayang2 terbentuk disebabkan matahari sudah condong ke arah benamnya (zawal) ... Nabi berimamkan Jibril solat Zohor... Kemudian Jibril datang lagi ketika bayang2 sama panjang dengan tuannya lalu solat mengimamkan solat iaitu solat Asar ... Kemudian Jibril datang lagi pada waktu matahari terbenam di mana bulat matahari tenggelam di ufuk dan Jibril mengajak Rasulullah solat Maghrib... Kemudian datang Jibril mengajak Nabi solat Isya' di mana telah hilangnya tanda2 merah di langit di tempat terbenamnya matahari... Kemudian datang Jibril pada waktu terbitnya fajar mengajak Nabi utk solat Subuh...

Pada hari keduanya ... Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah utk solat Zohor lalu baginda berimamkan Jibril solat Zohor pada waktu bayang2 objek sama panjang dgn objek tersebut .... Kemudian Jibril turun utk solat Asar bersama Rasulullah pada waktu bayang2 objek menjadi 2 kali lebih panjang dari asalnya ... Kemudian Baginda di ajak menunaikan solat Maghrib pada waktu yang sama dgn kelmarinnya.. Kemudian Jibril datang utk solat Isya' pada hujung tengah malam... Kemudian Jibril datang lagi utk solat Subuh pada sebelum terbitnya matahari di mana langit mula cerah... Kemudian Malaikat Jibril berkata kpd baginda antara dua waktu itulah waktu utk tiap2 solat...

()o_o()

"Masuknya solat dengan huruf Ra dan keluarnya solat dengan huruf Mim"

()e_e()

Thursday, February 10, 2011

::: JaDuaL KuLiaH MaGHRiB uSTaZ aZHaR iDRuS FeBRuaRi 2011 :::


10/12 Jumaat Surau Ladang
11/12 Sabtu Surau Blakang Stadium Negeri
12/12 Ahad Surau Flat Gelong Bilal Pasir Panjang
13/12 Isnin Masjid Simpang Empat Cendering
14/12 Selasa Surau Ladang
15/12 Rabu ( tiada kuliyah )
16/12 Khamis Masjid Batu 6
17/12 Jumaat Masjid Kijing
18/12 Sabtu Masjid Titian Baru
19/12 Ahad Surau Flat Gelung Bilal
20/12 Isnin ( tiada kuliyah)
21/12 Selasa Masjid Pengadang Baru
22/12 Rabu Surau Bukit Kecik
23/12 Khamis Masjid Batu Buruk
24/12 Jumaat Surau Ladang
25/12 Sabtu Surau Belakang Stadium Negeri
26/12 Ahad Surau Flat Gelung Bilal
27/12 Isnin Masjid Pulau Ketam
28/12 Selasa Surau Ladang

(... iNFo ...)
______

Friday, January 14, 2011

::: GoiNG HoMe :::


Setelah 4 tahun menghabiskan mase blajar di UIAM, mase utk pulang ke rumah buat kali terakhir sbg student UIA ... Mase utk mencari kerje & memulakan hidup baru ...
Doakan aku berjaye di dunia & di akhirat ...

[] iNSYa - aLLaH []

______