Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebut salah satu diantaranya iaitu penaklukan Baitulmuqaddis
[SAHIH BUKHARI]
Zina bermaharajalela.
“& tinggalah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman itu mereka inilah kiamat yang akan datang”
[SAHIH MUSLIM]
Bermaharajalela alat muzik.
”Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan di muka bumi.” Ada yang bertanya kepada Rasullullah; “Wahai Rasulullah, bila hal ini akan terjadi?” baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi-penyanyi wanita”
[IBNU MAJAH]
Menghias masjid & membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
[RIWAYAT NASAI]
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga yang tidak baik.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga banyak perbuatan keji, memtuskan silaturahim & sikap yg buruk dalam tetangga.”
[RIWAYAT AHMAD & HAKIM]
Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang ma’ruf & tidak menginkari kemungkaran”
[RIWAYAT AHMAD]
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bdoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
[RIWAYAT THABRANI]
Mengucapkan salam kepada orang yangg dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenlanya sahaja”
[RIWAYAT AHMAD]
Banyak wanita berpakaian tetapi hakikatnya mereka bertelanjang.
“Di antara tanda-tanda kedatangan hari kiamat ialah muncul pakaian-pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti bertelanjang”
[ABU HURAIRAH]
Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah menggelembungnya (membesarnya)bulan sabit”
[RIWAYAT THABRANI]
Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman munculnya pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & menfitnahmu”
[SAHIH MUSLIM]
Banyak saksi-saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
[RIWAYAT AHMAD]
Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
“Tidak akan datang hari kiamat sehinnga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai-sungai”
[SAHIH MUSLIM]
DARI ABDULLAH BIN ‘AMR R.A., RASULULLAH S.A.W. BERSABDA:
“SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT…”
No comments:
Post a Comment