[] DiReCToRY []

Monday, November 28, 2011

::: iKTiBaR DaRiPaDa SeBaTaNG PeNSeL :::


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.
"Apa yang ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?"

"Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini."

"Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak.

"Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun is sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?"

"Ya, ibu."

PERTAMA:
Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yg hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada akan adanya kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

KEDUA:
Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam & bagus tulisanya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

KETIGA:
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yg salah. Namun kita boleh memadamkan & membetulkan tulisan ini semula. Begitulah yg ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yg hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yg benar.

KEEMPAT:
Tahukah kamu mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yg tidak baik dalam diri kamu itu & hindarilah.

KELIMA:
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa shaja yg kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati & bijak dalam bertindak.

-------------------

No comments:

Post a Comment